Wednesday 20 June 2012

20th of June 2012



Abang,biarpun jauh jarak kita,biarpun sering kita bersengketa..namun hati ini tetap mendoakan kesejahteraan bersama,agar tidak goyah dek badai yg melanda..aku tidak pandai berpuisi,malah tidak mahir bermadah..namun aku selalu berdoa agar aku atau kau akan ada yg menjadi pendamai antara kita..aku minta tuhan selalu lembutkan hati antara kita.agar tidak ada hati yang mungkin akan terluka...meskipun bukan hari ini,adakan ianya utk esok...

Abang,jika kau tahu hatiku kini,aku pasti akulah yang paling bahagia didunia ini,bahagia mengenali insan sepertimu..Alhamdulillah,tuhan menganugerahkan kamu utk aku sekarang..dan aku mengharapkan agar kita senantiasa bersama..bersama dalam menghadapi cabaran dan ujian yg mendatang..namun aku tahu tidak semudah itu..kemungkinan kerana kita dari jalan hidup yang berbeza,dari latarbelakang yg berlainan..mungkin berbeza dari segi kematangan..dari pengalaman hidup..melatari jalan hidup aku yg sungguh berliku..dibesarkan dalam keluarga yg senantiasa dalam kekacauan,namun aku tahu,itulah ujian utk umat yang disayangi Allah..dan aku bersyukur kerana pegalaman hidup itu mengajar aku erti hidup berdikari,erti susah dan senang,erti pengorbanan..banyak yang aku lalui dalam hidup ni..dari kecil aku tak membesar dgn ibu bapa..namun dengan kasih sayang 3 org  kakak yg sanggup bersusah payah membesarkan aku,memberi aku pelajaran,memberi aku kasih sayang..sehingga kini aku masih disini..walaupun aku telah kehilangan salah seorang dari mereka...kerana tuhan lebih menyayanginya..aku munajatkan sekalung doa utk arwah,agar balasan berbuat baik kpd anak yatim seperti aku akan mendapat balasan syurga yg hakiki...ya Allah...besarnya rahmatmu...!ya,itulah kehidupanku...sehingga aku berumur 13tahun baru aku mengenali kasih seorang ibu sehingga kini yg banyak sekali pengorbanannya,,,aku mengalami pelbagai rintangan yg menjadikan aku lebih tabah seperti skrg...

Abang,aku tidak menafikan kita banyak kekurangan...kau dan aku tidak sempurna..aku tidak meyalahkan takdir,kerana aku tahu,ini semua ciptaan Allah s.w.t...aku menerima kehendak takdir,qada' dan qadar ini dengan seikhlas hati..agar aku menjadi org yg disayangi Allah s.w.t..
sayang,seringkali aku teringat tentang kisah tauladan yg sering dibicarakan oleh para ulama..sungguh indah..aku sering berimaginasi agar aku juga memperoleh kebahagiaan seperti itu..seperti kasih nabi kepada isteri-isterinya...subhanallah,sungguh indah! semoga aku juga akan disayangi seperti itu olehmu kelak..InsyaAllah...

Abang,ketahuilah kini,setiap perbuatanmu,setiap ucapanmu sering membuat aku tersenyum bahagia..tidak pernah aku disakiti olehmu..hatiku kau jaga dgn rapi...terima kasih sayang..kau sungguh istimewa untukku..kau adalah anugerah terindah bagiku...

.....Abang,semoga tuhan mengurniakan rahmat dan kesejahteraan ke atas dirimu..semoga kau memperoleh kebahagiaan didunia dan diakhirat..menjadi anak yang soleh,anak yang patuh kepada ibu bapa..jadilah kamu anak yang berguna..kerana itulah salah satu persyaratan untukmu memiliki syurga firdausi...berbaktilah juga kepada tuhanmu,kerana penciptamu lebih berkuasa dlm segalanya...
Doaku..moga kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat..berjaya dlm mengharungi segala dugaan dan cabaran,yang sememangnya menguji kekuatan iman..kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...Semoga cinta yang dicari telah ditemui..Semoga Allah meletakkan kita  dibawah payung rahmat kasihNya...insyaAllah

Mencintaimu,
nur ain..

No comments: