Saturday 27 August 2011

oh mak...

Mak : Nak, mak sudah tak kuat lagi, mak minta kamu sambung mengusahakan kebun mak... Anak : Jgn ckp mcm tu, mak (dlm hati, tak sia2 aku balik kampung... dpt pulak harta pusaka dia) Mak : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor utk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman mak Anak : Baik mak, mak jgn bimbang tentang hal tu, Tapi dimana kebun mak? sy tak pernah tahu? Mak : Di Facebook Mak, farmville, nanti mak bg tau passwordnya.

Sunday 21 August 2011

cuti skola

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

makan daging terbang dan berenang jerrr


Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"

baju cinta nenek



Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer....."

lawak pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

lawak suami isteri: Suamiku Mat Salleh, Aku Puas


Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh utk aku…….Tak yah aku nak susah-susahkan diri nak pasang badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikalang semua sudah setel.
Calon pun dah ada, golongan orang berada katakan….lak tu dan most of all….orang putih you……Glamerlah aku. Kekadang bila difikir-fikir…….mimpikah aku…..macam tak caya aje…..dah jadi macam cerita Cinderella pulak…..Aku nie bukanlah jelita sangat…kulit kerbau bapak aku pun lebih bersih dari kulit aku….Agaknya orang putih tu ingat aku ni Negro kot!…….macam Janet Jackson ke; Whitney Houston ke…….Ah! tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia yang beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak yang cari….katanya berkat. Yang penting amaaan sepanjang masa…….
“Hensem ke dia mak?” Soalan pertama yang aku tanyakan kat mak. Alah…..semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak? “Jangan takutlah, tanggung beres….” Betulke mak aku ni……..Naik pening kepala batu aku ni…….Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orangnya dah berumur sikit….duda, sebab bininyer meninggal…tak tahu apa sebabnya…….Tapi agak aku kan, dia tercekik biji durian…..power seh….anak tak ade…….lagi power….Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur.
Tapi, tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil ‘adik’ pulak, kan? Duda pun dudalah…at least ade experience dlm meranjau onak duri di alam rumahtangga…. aiseyman, berfalsampah lak aku ni……Setakat ader sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga buat ape, yang menganggur bersepah-sepah…….. Banyak orang tanya, “kau suka ke, mak kau kahwinkan kau dengan mat salleh?” Aku senyum saja…. Kontrol sikit muka nie. Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan cium! pipi mak aku pasal kawinkan aku dengan orang putih…….Alamak! macam drama sabun lah (soap opera lah, cakap orang putih)……
Kawan sepengumpatan aku……si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia semuanye jeles bila dia orang tahu berita ni…….Bukan saja jeles, dia orang nak psycho aku yang bukan-bukan… “Nanti orang putih tu bawak kau kat negeri dia, jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu.” Tapi aku buat dak saje……”Eleh! kalau jeles, cakap aje jeles….jgn nak cari alasan…..”
“Kau orang tu, sampai bila nak jadi andartu…..” Itu jugak jawapan aku bila dah geram….. Lebih-lebih lagi si Kiah tu……..kalau cakap, habis tempias air liurnye ke muka orang….. patutlah orang cakap mulut dia mulut laser…… Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia orang…….Blah lah sama korang…….!!!
Inilah dia saat yang paling aku nanti-nantikan:
“Semua dah sedia?… Saksi sedia?….Pengantin lelaki sedia?…..”
“Baik mari kita mulakan sekarang……….”
“MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP JIDIN”….
“AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN SAODAH BINTE SANORPAN DENGAN MASKAHWINNYA…….”
Tiba-tiba, suara pak imam sayup-sayup dari pendengaranku dan penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak tercabut…….
“Fengantin fomfuan fengsyan, nikah ni kira syah ke…… masyam mana nie?” terdengar akan suara suamiku yang keluar dari mulutnya yang dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yang terbongkok-bongkok….. Jalan pun kena pakai tongkat…
Alamak! Tak sanggup aku nak nengok muka minah-minah empat ekor tu yang terkekek-kekek dan berdekah-dekah disisiku…..
Tapi aku puas! Suamiku Mat Salleh..! Kalau dah jodoh nak buat macam mana…

penjahat dan penjara

Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.
Pengantin perempuan berkata, "Bang, saya masih anak dara dan tidak tahuapa-apa tentang seks. Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya?"
"Seks itu senang je., kita ni macam penjara, yang engkau punya tu selnyadan yang abang punya penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkanke dalam sel," terang pengantin lelaki.
Lalu mereka pun mulai bercumbumengarungi lautan asmara . Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring akan memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata, "Bang, penjahatnya terlepas.
Hhahahahampeh !
" Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan 'penjahatnya'. Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertamaini ia rasakan.
Setiap kali selesai, ia selalu mengatakan bahwapenjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya. Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafastermengah-mengah berkata,
"Yang, penjahat yang ini bukannya kena hukumanpenjara seumur hidup."

malam pertama


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adui.. Sakitnya bang… ! ” Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Isterinya teresak-esak mengerang “… Sakitnya Bang”
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram si ayah mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!” …
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”

CURANG!!



Aku tidak pernah ambil kisah tentang apa yang suami aku buat kerana aku amat percaya dan sayang kepadanya. Aku juga percaya dia tidak akan curang kepada ku kerana kami telah telah hidup bersama lebih 15 tahun dan kami juga hidup bahagia sama seperti pasangan suami isteri yang lain.
Namun aku masih ingin tahu apa yang ada di dalam sebuah berwarna kotak hitam yang telah di suami aku simpan di bawah katil semenjak kami kahwin. Dia tidak pernah mengizinkan aku untuk melihat apa yang terdapat di dalam kotak tersebut. Jika aku bertanya kepadanya dia akan berkata jangan sesekali buka kotak tersebut dengan nada yang agak marah. Ini membuatkan aku terasa semakin ingin untuk membuka kotak tersebut kerana aku pasti ada sesuatu perkara yang suami aku rahsiakan daripada aku.
Akhirnya pada suatu petang, semasa sedang mengemas bilik, aku memberanikan diri untuk membuka kotak tersebut. Setelah aku buka, aku melihat terdapat tiga biji telur serta wang tunai berjumlah RM 1000. Ini membuatkan aku berasa hairan dan aku sekali lagi memberanikan diri untuk bertanya kepada suami aku tentang isi kandungan kotak hitam tersbut.
Aku:Abang, tadi ayang dah buka kotak berwarna hitam yang abang simpan kat bawah katil tu..hm..kenapa abang simpan tiga biji telur dan duit RM 1000??
Air muka suami aku terus berubah dan dia pun menjawab.
Suami: Yang sebenarnya..setiap kali abang curang dengan ayang, abang akan simpan sebiji telur sebagai tanda abang menyesal dengan apa yang abang dah buat.
Aku terdiam mendengar apa yang suami aku katakan. Setelah lebih 15 tahun kami hidup bersama nampaknya suami aku telah curang dengan aku sebanayak tiga kali. Lalu aku pun bertanya pula mengenai sejumlah wang yang di simpan bersama tiga biji telur itu.
Aku: Tapi kenapa pula abang simpan duit RM 1000 kat situ..?? Dengan suara yang terketar-ketar dan tergagap-gagap dia pun menjawab.
Suami: Setiap kali telur tu dah cukup sedozen abang akan jual dan duitnya abang simpan kat situ…
hahahampeh !

agak2 brape kali dh suami dia curang ?

hak aku jugak


Suatu hari di Mahkamah, sepasang suami isteri sedang bergaduh mengenai kes penceraian mereka. Seperti biasa, tak lain dan tak bukan ialah kes penjagaan anak mereka. Mereka berdua mahu dapatkan hak penjagaan anak dan terjadinya perbincangan siapa yang lagi layak.
Masalah penjagaan anak ialah satu kes yang sangat rumit dan yang menang sahaja yang dapat duit :P
di mahkamah itu.
Si Isteri memberi alasan kenapa beliau layak mendapat hak penjagaan anak itu.
” Yang berhormat, saya sangat layak kerana sebagai ibu saya telah mengandung dan melahirkan mereka. Saya lebih banyak berkorban kepada mereka. Saya layak menjaga mereka”.
Selepas itu, tuan hakim memberi peluang pula kepada Si Suami untuk memberi alasan beliau untuk mendapat hak penjagaan mereka.
Si suami terdiam sebentar sambil berfikir alasannya untuk membalas kenyataan si isteri. Selepas 5 minit terdiam, si suami perlahan bangun dan berkata kepada tuan hakim.
“Tuan Hakim, saya cuma ada satu soalan. Kalau saya ingin membeli air pepsi dari Mesin Penjual (Vending Machine), saya cume perlu masukkan duit dan air pepsi itu pun akan keluar..
Hmm persoalannya ialah adakah air pepsi tersebut milik saya atau mesin itu?”
Tuan Hakim berehat sebentar kerana penat memikirkan kenyataan tersebut.

orang gaji


Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya. ..
maka si suami dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..
“Apa hal ni!!!!! Yang… . kenapa bising2 ni”… ..
jawap si isteri dgn nada marah…
“ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!!
” Disambut pulak oleh si suami … .
” alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi… ”
Berkata lagi si isteri…
“Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau… … 10 helai!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)
” Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi… dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya… .
”betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat… .kamu mesti bercakap benar!!!”
Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. .. .


” tapi… tapi… tapi… bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!
kan dh kantoi .. hahahampeh !

sex......??!!


al kisah tersebutlah kisah, arakian berjalanlah kedua-dua pasangan yang telah lanjut usia, menuju ke kaunter imigresen, niat di hati nak pegi eropah… tiba di sana dimintaklah borang untuk diisi,
Isteri: abang faham ker borang tu mcm maner nak isi
Suami: ala abang ni kalau setakat form orang putih ni kacang jer
Name: Ali Bin Deraman Age: 63 Sex: _______________
bila dah masuk bab sex ni yang payah si suami pon bertanya isteri
suami: sex tu aper yer Yang…?
isteri: ish tanya kiter lak…. tadi kata kacang
suami: setahu abang sex ni yang itu-itu tuuuuu… (sambil mencocok telapak tangan isterinya)
isteri: iyer ker bang……… benda macam ni pon depa nak tau gak ker
suami: agak-agak abang itulah kot
isteri: abis dia nak kita tulis apa kalau pasal benda tu bang..
suami: dia nak confirm kita sihat ker tak kot……
isteri: a’ah!!! abis tu abang nak tulis apelah
suami: kita tulis ajelah apa2 yg boleh yakinkan depa yg kita ni masih sihat dan kuat
isteri: dia nak tahu berapa kerap kot………(tersenyum tersipu-sipu)
suami: a’ah! bijak juga isteri abang ni…
isteri: abang nak tulis camner bang
suami: everyday kot…
isteri: everyday tu apa bang
suami: tiap-tiap hari ler
isteri: mak aiiii!!!……… dah buang tebiat ker org tua ni, masa mula2 kahwin dulu boleh ler… abang tak malu ker tulis macam tu dah tua-tua begini
suami: iyer tak iyer jugak kan, abis tu nak tulis ape
isteri: abang tulis jer lah jarang-jarang, kan dia nak tahu kita sihat ker tak jer…. jarang-jarang tu dah kira ok aper kalau banding ngan umur kita yg dah tua ni…
suami: baiklah………abang isi jarang-jarang ajelah
Name: Ali Bin Deraman Age: 63 Sex: Seldom bla…bla…bla…
Di kaunter Peg.Imigresen: Semua dah lengkap pakcik cuma satu jer yg tak jelas sangat
Ali: Apa dia nak
Peg. imigresen: pasal SEX ni kenapa pakcik tulis SELDOM
Ali: syyyyyyyyyyyhhhhhhh!!!!!!!!!! (pelan-pelan nak…)
Peg.Imigresen: (kenapa pakcik?)
Ali: malu nak…..
————————————————————-
Passport pon siap selepas seminggu
Suami: oh! lain kali kalau ada form tanya pasal sex kena bubuh M rupanya, macam dia tahu jer aku ni saiz M jer…….
Isteri: yang saya ni lak apsal dia bubuh F
suami: eh!eh! tengok Yang… iye tak iye gak, agaknya sebab awak selalu fail kot
Isteri: fail apernya bang?
Suami: awak kan mandul…………

butang seluar..

Encik Smith datang kepada isterinya, "saayaang, boleh jahit butang seluar abang x ? Saya tidak boleh butang seluar saya."

"Oh Dear ... tangan saya dalam bekas untuk mencuci piring, cuba abang naik tangga dan jumpa Puan Jones jika dia boleh membantu abang jahitkan."

Kira-kira lima minit kemudian ada satu kemalangan yang dahsyat, bang,sedikit menjerit dan bunyi badan jatuh tangga. Encik Smith berjalan kembali ke pintu dengan mata yang hitam legam dan hidung berdarah .

Puan Smith memandang kepadanya dan berkata, "apa yang berlaku kepada abang? Adakah abang bertanya kepada dia seperti yang saya beritahu tadi?"

"Ya," kata Encik Smith. "Saya bertanya dia samada boleh tolong jahitkan ke x dan dia cakap boleh".

Semuanya berjalan baik tetapi apabila dia mengigit untuk membuang butang, Encik Jones berjalan masuk ... "
sebab 2 la berdarah hidung abang ni...

teruna vs dara

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !

Dara : Sayangku.....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....

Korang baca dari bawah ke atas pulak...... Hahahahaha

renungan bersame ;)

Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan ,
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati ,
Belajarlah memahami kalau ingin di fahami ,
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi ,
Belajarlah menghargai kalau ingin dihargai ,
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi . . . :)

bijak betoiii

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?” Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”. Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan. Pengetua: Apa 3 x 3? Abu: 9 Pengetua: Apa 6 x 6? Abu: 36 Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju. Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? Abu: (berfikir) Kaki Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya? Abu: Saku Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan? Abu: Kelapa Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit? Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab. Abu: Gula-gula getah (Bubblegum) Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki? Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab. Abu: Bersalaman Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay? Abu: Baik Cikgu Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. Abu: KhemahCikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu. Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1. Abu: Cincin perkahwinan Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega. Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya. Abu: Hidung Cikgu Murni: Saya batang yang keras.. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya. Abu: Anak panah Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? Abu: Okay Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement? Abu: Firetruck Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand. Abu: Fork Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married? Abu: Surname Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping? Abu: Heart Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”. p/s : Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning…..hehehe

TELUR LAGI...

Pbeli: telur sekilo berapa? Pjual: ayam @ itik? Pbeli: ayam Pjual: Telur ayam biasa @ ayam kampung? Pbeli: Ayam biasa Pjual: tempatan atau import? Pbeli: tempatan Pjual: tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor @ tampin? Pbeli: ipohlah (blur). Pjual: Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara @ Selatan? Pbeli: Adik nie jual telur @ nak jalan2? Pjual: Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi mkn. Saya disuruh berbual dulu dengan pbeli sampai dia datang.
╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━━━━╮ ╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃If you love ♥ B2ST ♥ ┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳╮share it in your wall ┃ ╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━━━━╯ ╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲╲╲╲╲╲ ╲╲┛╲╲┗

GILA-GILA SUDAH...

20 cara untuk jadikan roommate anda gila Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time... 1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor. 2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg" 3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap. 4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!" 5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ. 6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..." 7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi" 8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula. 9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..." 10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik. 11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik. 12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul. 13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda. 14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused. 15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang. 16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis. 17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau. 18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur. 19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2. 20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

SELUDUP~

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong. "Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia. Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya. Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan. "Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?" "Basikal", jawab Atong ringkas.

Aku ada cerita ni…lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau… Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran, iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah.
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.
Akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Di sebab terlalu lapar aku pun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus. Lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk di makan sambil berjalan balik nanti.
Tiba je kat rumah aku terasa amat kenyang sangat. Maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan
isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler…
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan… maklum ler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak..ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..bunyinya PROOOTTT!!..fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia…adalah macam bau telur tembelang sikit.
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku hendak kentut lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu…PRRROOOOOTTT! !!!… fuhh lega…bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong…
ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’. Dan pak mertua aku pun jawab. ‘Dah lama dah..Sebelum kentut pertama lagi….
*sumber