Tuesday 26 June 2012

assalamualaikum..

ternyata semua ni xmendatangkan kedamaian pada aku..mimpi tadi betul2 buat aku terasa kehilangan.. :(
bermimpi dia datang dengan senyuman,datang mengusap pipi,mengusap dahi,mengusap dagu..cukup menyentuh hati...barulah aku tahu akan erti rindu itu..rindu yg berpanjangan..yang tak mungkin dirasakan oleh sesiapa melainkan org yg dirindui sahaja,..menitis airmata kegembiraan,kerana dapat dibelai sebegitu,,namun saat aku ingin memegang tangannya,umpama aku menyentuh angin lalu aku bangkit dari tidur,rupanya itulah mimpi..aku tak sangka,rupanya benar air jernih yg mengalir bukan mimpi kerana pipiku basah..makin terasa dgn kehilangan ini...sebak sgt2 dada ni,menahan tangisan yg tak henti2..ya Allah,mengapa aku begitu lemah apabila satu jiwa yg tak memerlukan? ;(

hangatnya masih terasa,kali terakhir aku bertemu..kenangan itu begitu meruntun hati...gurau senda,ketawa gembira,mencatatkan seribu memori indah dalam hati ini...tak mungkin aku lupakan,senyuman yg sentiasa menghiasi bibirnya,ketawa mesranya..dilihat sangat menggembirakan..aku juga gembira walaupun selalu diusik,tak sedikitpun aku merasa bosan..kerana diri itulah yang mampu membangkitkan aku dari kekalahan satu ketika dulu...aku ingin berterima kasih,kerana mampu membuatkan aku kembali senyum tika aku jatuh dan kini menjatuhkan kembali keadaan diri ini kepada asalnya,,,terima kasih abang,,,

biarlah kini aku menyendiri,melewati hari2 sepi kerana aku tahu semua yang berlaku dulu tak mungkin dapat aku gengam lagi kini... aku kini belajar menerima hakikat meskipun hati meronta2 kerinduan...didalam doa,tak henti2 aku utuskan segala munajat agar dia sentiasa berkeadaan baik...meskipun aku sendiri masih tak mampu menggapai impian,namun aku sentiasa redha dengan apa yg terjadi..

aku terlalu rindukan dia,mengharapkan panggilan dari dia meskipun aku tahu takkan ada lagi panggilan itu utk aku..mengharapkan sekeping msg dari dia namun aku juga tahu takkan ada lagi msg itu utk aku...menantikan sedetik pengharapan yg aku sendiri sudah tahu jawapannya..takkan ada! tapi aku tetap menyimpul hasrat agar peluang itu akan datang....dengar suaranya saja sudah cukup membuatkan aku tenang..apalagi dapat berhadapan dgnnya..tapi dah jauh menyimpang dari asalnya niat tu..takkan ada!! aku tak mungkin dapat lagi semua tu..hanya tuhan yg tahu betapa sakitnya aku nk menerima hakikat ni.. :(


tatkala jari ini masih mampu menaip,tika artikel2 masih mampu untuk diupdate..aku memohon seribu kemaafan agar tiada pihak yg terluka..bilamana terhentinya jari ini maka aku mohon halalkn juga makan dan minum,segala gurau senda,segala amarah yg tidak tersengaja,segala airmata yg jatuh,,juga aku mohon maaf jika ada hati yg gusar tentang ini,,semua manusia tak sempurna..aku juga begitu..tapi mohonlah jadi yg terbaik bilamana diri ini masih mampu utk berubah....

sincerely
nur ainsyah

Monday 25 June 2012

belajar menerima...

Belajar untuk kehilangan dia , andai dia bukan jodohmu ... Belajar untuk tabah , andai dia pergi dari hidupmu ... Belajar untuk menerima hakikat yang dia bukan milikmu ... Belajar untuk berhenti mencintai dia , andai cinta dia bukan untukmu ... Belajar utk melupekan dia , andai dia tak mengingatimu ... Belajar untuk menerima cinta lain , kerana dia hanye tinggal kenangan ...

* belajarlah dekatkan diri kepada ALLAH itu jauh lebih baik ! hanya DIA yang mampu buat kita melupakan insan yang pernah menyakiti hati kita *

--> sampai sekarang aku masih berusaha utk melupakan,berusaha untuk memadam semua kenangan silam...namun tak mudah utk aku menerima apa yang terjadi..Kerana luka semalam telah menjadikan hati ini berparut seribu kelukaan..Ya Allah,maafkan aku jika aku tak sekuat yang Engkau mahukan.. :(

masih kecewa,
NUR AIN

Sunday 24 June 2012

assalamualaikum...

hari ni hari AHAD..hari yg aku rasakan paling blurr dalam hidup aku...bangun tito cam orang takde akal,kosong je rasenye,,sampai la abes keje2 rumah yg aku buat,tetap rase kosong...entah kenapa la aku jadi camni..berbalik pada topik kita hari ni yakni tentang "cinta"..

pada aku skrg cinta tak mendatangkan ape2 pada aku..setelah apa yg dh berlaku,bagi aku cinta tu takde ape2 erti lagi..kerana cinta jugak aku jadi blurr mcm skrg,,krn cinta jugak aku diperbodohkan..HAHAHA...mengong tak aku??mestilaaa,sure sangat2 yg aku ni mengong ++.. aku rasa hidup aku skrg dah tak perlukan lelaki..tak kisah kalo xde pun..ape tak nye,kalo ade kejenye melukakan je..bukan sorg,bukan 2 org tp boleh di kategorikan sumenye menyakitkan hati...(tak termasuk ayah,ayah selamanya lelaki yg ain cintai..love u ayah..)
kenapa mereka menyakitkan hati?padahal mereka dicipta utk melindungi wanita termasuk hatinya..malah senang2 je skrg dia tusuk dengan pisau..malah lebih tajam lagi sehingga hati wanita itu hancur!! kejamnya...tapi kami ni hanyalah seorang wanita..lemah dan tak berdaya melawan semua tu..

dah takde idea lagi...setengah jam aku dh buang mase semata2 nk update blog ni...tp hasilnye ZERO!!mmg btol2 buang mase...pfffff!!! (>,<)  chow lu,out~

setiabadikhlaselamanya,
nur ain..

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



♥andainya kau tahu semua ni...   :(

YA ALLAH.... :(

[♥] Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam zikir padaMu ya ALLAH...

[♥] Jika cinta adalah perjuangan, maka kobarkanlah semangat di dada kami...

[♥] Jika cinta adalah pengorbanan, maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia disisi-Mu...

[♥] Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air mata taubat kepada-Mu ya ALLAH...

[♥] Jika cinta ini adalah ketulusan, maka jadikanlah hati ini untuk selalu tulus dalam menerima semua takdir-Mu.

 

#nur ain
assalamualaikum...

tepat jam 1136 pm(23jun2012) aku skali lagi merasa dunia ni gelap gelita..teraba-raba aku carik lampu nk terangi balik...haduiii,. ayat tu memang rase cam panah yg datang menikam hati aku....zappppp!!! terkesima aku,xterucap dengan kata2..just air mata bodoh ni la yang masih setia jadi teman,mengiringi sekeping msg yang aku sendiri tak target..mengalir laju cam air terjun je..huhu "mulai hari ni,kita dah xde ape2...." macam halilintar membelah bumi,otak aku dah jadi ligat balik...tak tau nak wat ape..ala,macam sorang bini yg dijatuhkan talak la..kompem terjelepuk jatuh kalo tgh berdiri kn :/

senangnya someone tu ucapkan kata2 macam tu bila hati dah tak lagi sudi...macam anak patung kot aku nih,amik time nak,campak time xperlukan...layak ke aku titlekn diri aku camtu?? entah..aku pun xtaw lagi ape yg perlu aku lakukan...mmg kecewa sgt2 keputusan ni..xsangka jadi cmni..mmg aku btol2 hilang semangat kali ni..rasenye serik dah nk prcaya pada laki... never trusted!

setan dah mula berbisik kt telinga aku nih,,hmm..aku buntu!!!! ya Allah,tunjuklah kekuasaanMu! aku dh pening lalat dh ni..duk pikir ape yg aku sendiri pun xpasti ape jawapannye...macam kucing hilang anak! tp aku??aku hilang someone yg dah xmengumpamakan aku...mana silapnya aku? mane salah aku?aku xtaw mane salah dan silap aku slama ni pada dia sampai tergamak dia buat cmni kat aku...sedihnya tuhan saje yg tahu...(smbil2 air mate bodoh ni xhenti2 mngalir...) dh puas aku cari mane silapnya aku,dah terlalu banyak aku fikir mane salahnya aku dalam hal ni smpaikan aku terpaksa terima sume ni...

aku takkan pertikaikan lagi jika kegagalan bakal berlaku lepas ni...memang aku slalu bernasib malang time aku nk hadapi exam penting..kenapa sume org pentingkan diri sendiri?kenapa sume org xpenah nk care about prasaan org lain?kenapa harus ade sikap mcm tu??subhanallah.. :(

now nk hilangkan rase kecewa yg sangat2 ni...ape2 jela yg aku nk buat pasni xde org akan care lagi..so aku xperlu jaga hati sape2 lagi...hati aku sendiri pun aku takkan jaga lagi..pedulilah..sakitnye la dada aku skrg (akibat tertelan chewing gum td sbb terkesima dpat msg tu...)

yang terluka,
nur ain

Saturday 23 June 2012

senyum je arini...hehehe

assalamualaikum...

btw aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan utk berceloteh disini..Alhamdulillah..hehe...arini aku dapat berita gembira..first of all aku nk wish congratulation for my sis!! HAHA,baru je menjengah ke alam rumahtangga dah dilimpahkan rezeki..insyaAllah,jagalah anugerah tuhan tu baik2 ye sis... :) aku sebagai saudara terdekat dan terapat dgn mu nih turut menumpang kebahagiaan bila nk sambut org baru nih...even terasa kehilangan teman sebantal,aku tetap mendoakan kebahagiaan rumahtangga mu orang laki bini n baby yang akan lahir nanti... best wishes to u until the end of life..insyaAllah.. :) tak sangka aku,cinta tagged mu orang membuahkan hasil yang sangat manis...lagipun aku rasa sgt singkat pertemuan mu org nih..xsmpai setahun pun,,hihii,hopefully cinta tagged aku jugak berhasil mcm mu org...ngeh3x~ ;D

tambah2 lagi bila aku dah dapat ape yg aku cari selama ni..HEHEHEE...bukan dapat boyfie la,just dapat iman..Alhamdulillah..terasa hidup aku kini lebih tenang...memaafkan apa jua yang berlaku,sentiasa redha,bersifat ikhlas,mengawal emosi agar tak cepat melatah..dan paling penting SENYUM! :) thats y aku mampu menerima apa yang dah jadi pada diri aku..aku berusaha dan terus berusaha sehingga aku rasa aku betul2 yakin yang aku mampu..(walaupun dalam hati aku hanya aku saje yg tau..hehehe)..
aku lebih selesa keadaan macam ni..walaupun perumpamaannya seperti "di gantung tak bertali" tapi aku lebih senang macam ni..wlaupun status aku tak melambangkan ape2,tp aku masih berharap akan ada kuasa ajaib yg datang then menyinari hubungan kami,insyaAllah,,semuanya dengan izinNya.. AMin..AMin..AMin... :) aku takkan memaksa lagi(walaupun kdg2 aku memang memaksa,xnk mgaku plk aku nih..hahaha) kerana aku inginkan yg terbaik...kerana paksa bukan jalan terbaik utk kami skrg..keadaan dh jadi huru-hara mestilah ada yg jadi 'resque man' walaupun takde men tu, 'resque women' pun bolehlah..asalkan dua-dua tak keras kepala..
tapi aku tahu abg tak macam tu..abg baik sangat,cuma kadang2 sifat cemburu tu datang menerjah..xleh nk disangkal la sebab everyone ade rasa mcm tu kn..xhairan sgt la tu..aku dah biasa.. :D 

hmmm,tonite takde activity sgt coz semua hal aku da settle awal2..(bagus tak aku?HAHA!!) now,i'm just waiting for someone..HEHE...(lambatnye... :D) haihhh,tetibe dapat msg dari cik syida...! blurrr!! cancel lagi esok..hampehhh.. (@_@) tapi takpe,plan B bakal bermula...(smbil2 ketawa jahat! WAKAKAKA!!!)
takdelah,esok just kuar ngn bff..bella,dik ly,atin..only waiting for cik mieka pulang from sarawak aok..lamak eh kaup,jenuh kmk eh sik nunggu ktk pulang.. angol sik kaup..Suma orang pk camya..hmm :( miss u..


owh,dah lewat upenye,sedap sgt berceloteh smpai xperasan dah 0122 hrs..menung punye menung last2 hilang rase ngtuk..HAHA.. rase cam nk berwebbie,,try usha2 abg jap..HAHA..(nakal eh aku nih..:P) yuk,berceloteh lain kali pulak,aku dah penat..esok2 la pulak kalo ade mase aku update lagi(tu pun kalo sempat laa..HIHIHIII)


btw,gud monink..have a nice day..(monink tuk aku jugak..) before that,aku nk mintak maaf pada sesape yg aku dah lakukan salah...hope we all sudi maafkan aku..AMinn :)

 shakarallah lakum,alaa kullima ariifahu..Aminn.wassalam.. :)


by,
nur ain





Friday 22 June 2012

hakikatnyeeeee...

sebelum tido,aku ingin skali meminta maaf dari semua org yg pernah aku sakitkan hatinya..agar tido aku akan menjadi nyenyak..tapi aku masih tak lupa kewajipan aku kpdnya..memohon maaf darinya,mendoakan dirinya,memaafkan dirinya agar semuanya berjalan dengan lancar...
tapi sekeping balasan sms darinya sudah cukup mengetarkan hati aku...menandakan aku terlalu merindui.. :(
ya Allah,aku mohon padamu..Kau kurangkanlah rasa debaran jantung ini...kenapa aku harus merasai getaran sebegini kuat??maafkan aku ya Allah jika aku melakukan salah...ampunkan aku!

....abg tak rasa rindu kat ain langsung ke??abg xrasa ke macam yg ain rasa??ain terlalu rindukan abg...sehari umpama setahun berlalu..begitu menyakitkan..abg xberniat langsung ke nk call ain?ain tahu abg takkan mulakan jika tak ain yang mulakan..tp ain rayu pd abg,janganlah abg paksa keraskan hati abg...sekelumit pun rasa yang singgah dihati abg ain mohon abg jgnlah pendam...ain tahu hati abg baik..baik sgt2..tp ain nk abg tahu,ain terlalu rindukan abg...kalau boleh,kalau tak susahkan abg,ain nk abg call ain kejap..kejap pun jadilah..sekadar pengubat rindu dapat dengar suara abg...malam ni ain tunggu abg call ain ye..ain harap abg mengerti perasaan ain,yg terlalu rindukan abg....

mencintaimu,
nur ain

Thursday 21 June 2012

cerita dipetang hari ;D

Assalamualaikum... :)

selamat ptg..hari ni sunyi betul la...takde ape yg ain nk buat melainkan update blog yg sengal2 nih..hmm,ape nk story ek?fikir sat....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

ok,first of all arini ain rase xbrape ok..badan rase menggeletar semacam..entah knp,jantung makin kuat berdenyut,lg kuat dr semalam..perut rasa berputar,muka rasa dingin..kenapa la jadi mcm ni..ain harap tuhan masih panjangkan umur ain utk menikmati hari2 yang ada ni..walaupun kita sebenarnya xtahu sampai bila umur kita...hopefully ain dapat menikmati hari2 ni dengan lebih tenang if ini adalah hari2 terakhir..

second..ain rase mcm blur sgt bila ain xde idea...sometime rase kosong..jarang ain ade prasaan macam ni..bila jadi cmni ain mulalah nk merapu..HAHAHA!! teruk kn prangai ain ni..btw,kalo boring2 cmni ain just stay at room then hadap lappy smpai la mata merah..mmg kalah la klo nk banding ngn zombie..HIHIHI~

third...actually hati ain sedang merindui seorang hamba Allah..begitu rindu sehingga mimpi ain sering disulami wajahnya yang tenang..Subhanallah..begitu mengasyikkan! :D
ahh,mainan tido,ape la nk lyn sgt..tp honestly mmg ain sgt2 merindui dia..hopefully dia baik2 saja,sihat,dan sentiasa gembira walau apa pun yg dia lakukan..

fourth,rase ingin dibelai..HAHA!! gatal tak ain?memang ain gatal pun...tp dh lumrah manusia kn..hidup nk disayangi,nk dimanjai,nk dibelai..wah,wah,wah!! melebihh la pulak...HIHI..tp takde sape yg sudi nk lakukan tu sume pada ain...(konon2 merajuk~) LALALALA...skrg tgh belek2 kerja pengajian am kertas 2..susah jugak paper ni.bajet target score A+++..HAHAHA.."koya la mu ni ain"...kata tu slalu menghantui ain..tp skrg ain rase semangat balik! nk jugak score paper 2..jgn below 50marks..sbb nanti dapat gred B! SEMANGAT!!!

fifth...walaupun ain rase kekurangan skrg kerana ade masalah teknikal(xleh la bgtaw ape2 sebabnye yee..) ain slalu berdoa agar tuhan menetapkan hati ain,jadikan ain org yg kuat semangat[even tanpa dia disisi.. :( ] tp ain taknak la rase mcm tu..ain sayang die sgt2..cuma skrg ain nk dia tumpukan pada final exam je..xnak die susah2 fikirkan keadaan ain kerana apa yg jadi kt ain pasni ain akan direct trus ke blogger ni..just rujuk kt sini je k..if xde msg2,ain slalu belek2 henfon(dalam hati tu berharap jugak die msg..huhhuuu) n ain still save msg2 die yg dulu2..ain hepy bace msg tu..kdg2 ain senyum sorg2 bile ingt kenakalan die dulu...now pun ain still keep in touch wlaupun bukan dgn henfon..still lagi msg via tagged or skype..even without pengetahuan dia ain slalu berharap die on skype on time..tp ain tau die sibuk,so ain tak memaksa.. :)

sixth...dah tiba masa utk ain logout..siap2 ke musolla..Alhamdulillah,keberkatan masih dikurniakan kepada ain dari Allah s.w.t...tak lupa ain bermunajat kepadaNya agar tuhan memberi peluang utk ain meneruskan kehidupan,tak lupa juga utk dia... :)  dan doa utk org2 disekeliling ain,ibu bapa,ahli keluarga,jiran tetangga,saudara mara,rakan taulan,guru-guru serta org2 yang pernah berbakti kepada ain secara langsung ataupun tidak...mudah-mudahan semuanya memperoleh hidayah dariNya,insyaAllah...

semoga kerahmatan Allah selalu berada disisi kalian..amin..

mencintaimu,
nur ain

AWAS!!!

penceroboh blog saye akan didakwa...pemasangan cctv telah bermula... yeahhh! HAHA

Wednesday 20 June 2012

20th of June 2012



Abang,biarpun jauh jarak kita,biarpun sering kita bersengketa..namun hati ini tetap mendoakan kesejahteraan bersama,agar tidak goyah dek badai yg melanda..aku tidak pandai berpuisi,malah tidak mahir bermadah..namun aku selalu berdoa agar aku atau kau akan ada yg menjadi pendamai antara kita..aku minta tuhan selalu lembutkan hati antara kita.agar tidak ada hati yang mungkin akan terluka...meskipun bukan hari ini,adakan ianya utk esok...

Abang,jika kau tahu hatiku kini,aku pasti akulah yang paling bahagia didunia ini,bahagia mengenali insan sepertimu..Alhamdulillah,tuhan menganugerahkan kamu utk aku sekarang..dan aku mengharapkan agar kita senantiasa bersama..bersama dalam menghadapi cabaran dan ujian yg mendatang..namun aku tahu tidak semudah itu..kemungkinan kerana kita dari jalan hidup yang berbeza,dari latarbelakang yg berlainan..mungkin berbeza dari segi kematangan..dari pengalaman hidup..melatari jalan hidup aku yg sungguh berliku..dibesarkan dalam keluarga yg senantiasa dalam kekacauan,namun aku tahu,itulah ujian utk umat yang disayangi Allah..dan aku bersyukur kerana pegalaman hidup itu mengajar aku erti hidup berdikari,erti susah dan senang,erti pengorbanan..banyak yang aku lalui dalam hidup ni..dari kecil aku tak membesar dgn ibu bapa..namun dengan kasih sayang 3 org  kakak yg sanggup bersusah payah membesarkan aku,memberi aku pelajaran,memberi aku kasih sayang..sehingga kini aku masih disini..walaupun aku telah kehilangan salah seorang dari mereka...kerana tuhan lebih menyayanginya..aku munajatkan sekalung doa utk arwah,agar balasan berbuat baik kpd anak yatim seperti aku akan mendapat balasan syurga yg hakiki...ya Allah...besarnya rahmatmu...!ya,itulah kehidupanku...sehingga aku berumur 13tahun baru aku mengenali kasih seorang ibu sehingga kini yg banyak sekali pengorbanannya,,,aku mengalami pelbagai rintangan yg menjadikan aku lebih tabah seperti skrg...

Abang,aku tidak menafikan kita banyak kekurangan...kau dan aku tidak sempurna..aku tidak meyalahkan takdir,kerana aku tahu,ini semua ciptaan Allah s.w.t...aku menerima kehendak takdir,qada' dan qadar ini dengan seikhlas hati..agar aku menjadi org yg disayangi Allah s.w.t..
sayang,seringkali aku teringat tentang kisah tauladan yg sering dibicarakan oleh para ulama..sungguh indah..aku sering berimaginasi agar aku juga memperoleh kebahagiaan seperti itu..seperti kasih nabi kepada isteri-isterinya...subhanallah,sungguh indah! semoga aku juga akan disayangi seperti itu olehmu kelak..InsyaAllah...

Abang,ketahuilah kini,setiap perbuatanmu,setiap ucapanmu sering membuat aku tersenyum bahagia..tidak pernah aku disakiti olehmu..hatiku kau jaga dgn rapi...terima kasih sayang..kau sungguh istimewa untukku..kau adalah anugerah terindah bagiku...

.....Abang,semoga tuhan mengurniakan rahmat dan kesejahteraan ke atas dirimu..semoga kau memperoleh kebahagiaan didunia dan diakhirat..menjadi anak yang soleh,anak yang patuh kepada ibu bapa..jadilah kamu anak yang berguna..kerana itulah salah satu persyaratan untukmu memiliki syurga firdausi...berbaktilah juga kepada tuhanmu,kerana penciptamu lebih berkuasa dlm segalanya...
Doaku..moga kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat..berjaya dlm mengharungi segala dugaan dan cabaran,yang sememangnya menguji kekuatan iman..kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...Semoga cinta yang dicari telah ditemui..Semoga Allah meletakkan kita  dibawah payung rahmat kasihNya...insyaAllah

Mencintaimu,
nur ain..

Friday 15 June 2012

only god knows everything!

Subhanallah... cekalkan aku...

hmpir 2 jam aku tersengguk kt depan lappy  tgk die..berjuraian jugak airmate ni..entah knp rse sedih tu dtg menikam2 dlm hati ni...ya Allah knp dgn aku?knp aku terasa kehilangan dia?meskipun die ade depan mate tp aku rase die dh trsgt jauh dari hidup aku...

sayang,i'm never talk with u, i love u for no and without reason .. i love u as they r u.. without any of these terms and agreement, i conclude this heart just for u.. but y did u make me like this? what wrong i have done against until u punish me like this?please, understand my feeling .. i begging u to understand me.. if so u don't  love me, please return back my heart it preferably as u take it before .. i'm begging u sayang.. :(

Tuhan kenapa mesti semua ni harus jadi pd aku?ape silapnye dlm hubungan ni?Kalau betol ni dugaan,aku mohon Kau kurangkan semua rasa ni..aku dh penat merintih..
Subhanallah..tenangkan aku dlm solat disepertiga malam mu ini..amin.