Sunday, 21 August 2011

lawak suami isteri: Suamiku Mat Salleh, Aku Puas


Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia carikan jodoh utk aku…….Tak yah aku nak susah-susahkan diri nak pasang badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikalang semua sudah setel.
Calon pun dah ada, golongan orang berada katakan….lak tu dan most of all….orang putih you……Glamerlah aku. Kekadang bila difikir-fikir…….mimpikah aku…..macam tak caya aje…..dah jadi macam cerita Cinderella pulak…..Aku nie bukanlah jelita sangat…kulit kerbau bapak aku pun lebih bersih dari kulit aku….Agaknya orang putih tu ingat aku ni Negro kot!…….macam Janet Jackson ke; Whitney Houston ke…….Ah! tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia yang beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak yang cari….katanya berkat. Yang penting amaaan sepanjang masa…….
“Hensem ke dia mak?” Soalan pertama yang aku tanyakan kat mak. Alah…..semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak? “Jangan takutlah, tanggung beres….” Betulke mak aku ni……..Naik pening kepala batu aku ni…….Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orangnya dah berumur sikit….duda, sebab bininyer meninggal…tak tahu apa sebabnya…….Tapi agak aku kan, dia tercekik biji durian…..power seh….anak tak ade…….lagi power….Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur.
Tapi, tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil ‘adik’ pulak, kan? Duda pun dudalah…at least ade experience dlm meranjau onak duri di alam rumahtangga…. aiseyman, berfalsampah lak aku ni……Setakat ader sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga buat ape, yang menganggur bersepah-sepah…….. Banyak orang tanya, “kau suka ke, mak kau kahwinkan kau dengan mat salleh?” Aku senyum saja…. Kontrol sikit muka nie. Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan cium! pipi mak aku pasal kawinkan aku dengan orang putih…….Alamak! macam drama sabun lah (soap opera lah, cakap orang putih)……
Kawan sepengumpatan aku……si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia semuanye jeles bila dia orang tahu berita ni…….Bukan saja jeles, dia orang nak psycho aku yang bukan-bukan… “Nanti orang putih tu bawak kau kat negeri dia, jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu.” Tapi aku buat dak saje……”Eleh! kalau jeles, cakap aje jeles….jgn nak cari alasan…..”
“Kau orang tu, sampai bila nak jadi andartu…..” Itu jugak jawapan aku bila dah geram….. Lebih-lebih lagi si Kiah tu……..kalau cakap, habis tempias air liurnye ke muka orang….. patutlah orang cakap mulut dia mulut laser…… Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia orang…….Blah lah sama korang…….!!!
Inilah dia saat yang paling aku nanti-nantikan:
“Semua dah sedia?… Saksi sedia?….Pengantin lelaki sedia?…..”
“Baik mari kita mulakan sekarang……….”
“MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP JIDIN”….
“AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN SAODAH BINTE SANORPAN DENGAN MASKAHWINNYA…….”
Tiba-tiba, suara pak imam sayup-sayup dari pendengaranku dan penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak tercabut…….
“Fengantin fomfuan fengsyan, nikah ni kira syah ke…… masyam mana nie?” terdengar akan suara suamiku yang keluar dari mulutnya yang dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yang terbongkok-bongkok….. Jalan pun kena pakai tongkat…
Alamak! Tak sanggup aku nak nengok muka minah-minah empat ekor tu yang terkekek-kekek dan berdekah-dekah disisiku…..
Tapi aku puas! Suamiku Mat Salleh..! Kalau dah jodoh nak buat macam mana…

No comments: