Tuesday 10 April 2012

berakhirnya sebuah harapan... :(

Tuhan,kejamkah aku?kejamkah bila aku mencintai org yg hatinya mencintai org lain?jahatkah aku bila memaksa dia utk melupakan cinta dan kisah silamnya?jahilnye aku dlm mencari yg suci Ya Allah! dimanakah akal kewarasan aku aku yg selama ini aku miliki?dimanakah letaknya nurani suci yg selama ni aku jaga dgn rapi?dimanakah letaknya keikhlasan yg selama ni aku semaikan?kemana hilangnya semua tu Ya Allah?? Kau butakan hati aku dalam mengejar cintanya.Tuhan,kenapa aku harus harungi semua ni?benarkah Kau ingin mematangkan aku?tapi aku seringkali berfikir yg semua ni tidak adil! bodohnya aku terlalu mengharap akan sesuatu yg tak pasti...aku terlalu menagih daripadanya sedangkan aku sendiri tak tahu bagaimana jalan pengakhiran cerita ini..
Ya Allah,jika ini benar yg berada dibenakku kini,izinkan aku mengundur diri dari semua jalan-jalan cinta berliku ni..demi utk membuktikan cinta dan kasih sayang aku kepadaMu,aku lepaskan dia demi kebaikannya..aku tahu Engkau penentu jodohku,dan jika benar dia cintaku,aku yakin Kau akan kembalikan dia kepadaku.walaubagaimana cara sekalipun,biarpun sakit,aku tahu kebenaranMu,aku juga tahu kehebatanMu Ya Allah.segala takdir hanya Kau yg tentukan..dan kini aku redha jika ini suratan yg tertulis..meskipun pedih,aku harus merelakan.Namun cinta dan kasih sayang yg telah aku semai kepadanya takkan pernah padam..selagi nyawa aku tetap dikandung badan,aku takkan pernah berhenti menyayanginya..biarlah dari jauh ku intai kebahagiaannya,sekilas aku mendoakan kesejahteraannya,kerana jauh disudut hati aku tenang mencintai dan meyayanginya..itulah anugerahMu yg tak ternilai bagiku..erti cinta dan kasih sayang sebenar.terima kasih Ya Allah krn membenarkan aku mencintainya..Maafkan aku kerana hanya setakat ini saja aku mampu bertahan,bukan kerna aku mengalah tp aku tidak mahu lg diburu rasa berdosa..mengambil hak yg bukan menjadi milik aku,memiliki hati yg mencintai hati hambaMu yg lain..Maafkan aku..harap segalanya kembali berjalan dgn lancar,dan aku mengharapkan akan ada ketenangan kembali melakar kehidupan..aku harap dia sentiasa sihat,bahagia,selamat dan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan dariMu krn aku yakin Kau penjaga hatinya,Kau pemilik dirinya..Kau yg menentukan segalanya...

tuhan,jagakan dia,dia kekasihku kan tetap milikku..aku sungguh menyayangi,sungguh mencintai,setulus hatiku...

No comments: