Friday 24 February 2012

just for sharing what i got... ;)

WASIAT IMAM AL-GHAZALI

"Ketika kau sudah menangis sekian lama, dan hatimu masih terasa pedih,
Allah sedang menghitung air matamu..

Jika kau berada sendirian, dan terasa kawan-kawan terlalu sibuk untuk dirimu,
Allah sentiasa berasa di sampingmu..

Oleh itu, ingatlah bahawa di mana atau ke mana kamu berada, Allah akan mengetahui dan sentiasa berada di sisimu.."

Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.
Jika manusia sibuk dengan perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.
Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu memperbaiki perbaiki perkara-perkara batin.
Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain,maka hendaklah mencari kesalahan diri sendiri
Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran akhirat.
Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan akhirat.
( Kitab Tanbihul Ghafilin)

Semoga berjaya..:)

Jadilah orang yang sibuk. Dan fahamilah makna orang yang sibuk.

Sebenarnya, orang yang sibuk adalah, masanya sibuk berurusan bersama manusia, dan masanya berganda sibuk 'berurusan' dengan ALLAH.





-Terima kasih kepada sahabatku yang prihatin..Terima kasih kerana bagi mesej tersebut..Indahnya bila bersahabat kerana Allah s..w.t.
Sukar nak cari sahabat sejati..tapi telah ku temui permata-permata ini dalam himpunan pasir-pasir..

No comments: